AZRIF Nasrulhaq kekal bersama Sri Pahang FC. -FOTO Sri Pahang FC
AZRIF Nasrulhaq kekal bersama Sri Pahang FC. -FOTO Sri Pahang FC
Asrol Awang


Kuantan: Pemain pertahanan berpengalaman, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham menandatangani kontrak selama dua musim bersama Sri Pahang FC.

Pengumuman itu dilakukan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, dalam mengukuhkan kubu skuad Tok Gajah bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024 hingga 2026.

"Bek kanan, Azrif Nasrulhaq menandatangani kontrak selama dua musim untuk terus bersama Sri Pahang FC.

"Azrif pada musim lalu berstatus pemain pinjaman dari Johor Darul ta'zim (JDT) dan menyerlah sebagai salah seorang pemain utama.

"Beliau komited mahu membawa lebih kecemerlangan dalam prestasi seterusnya melonjakkan pasukan ke aras lebih tinggi.

"Tahniah Azrif, moh jadikan skuad SPFC lebih baik dari musim sebelumnya, hitam putih takkan padam," menerusi hantaran itu.

Sebelum ini, Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengumumkan, pemain berpengalaman, Nur Shamie Iszuan Amin tidak lagi bersama skuad itu.

Walaupun kontrak pemain berusia 28 tahun itu masih berbaki semusim lagi, ia diputuskan hasil daripada persetujuan bersama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 January 2024 @ 1:40 PM