MARTINELLI meraikan jaringan kelima Arsenal. FOTO REUTERS
MARTINELLI meraikan jaringan kelima Arsenal. FOTO REUTERS
AFP

London: Arsenal kembali menghidupkan peluang mencari gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila kemenangan 5-0 mengatasi Crystal Palace membawa kembali Gunners ke landasan sebenar.

Pertahanan tengah, Gabriel memberikan ancaman besar sebelum tamat babak pertama apabila dia menanduk masuk gol pembukaan dan kemudian memaksa penjaga gol Palace, Dean Henderson menjaringkan gol sendiri.

Leandro Trossard menjadikan 3-0 selepas sejam perlawanan sebelum pemain gantian, Gabriel Martinelli meledak dua kali pada penghujung aksi.

Kemenangan membawa skuad kendalian Mikel Arteta sama mata dengan Manchester City dan Aston Villa dengan dua mata di belakang pendahulu EPL, Liverpool.

Arsenal sebelum ini hanya menang sekali dalam tujuh aksi sebelum rehat dua minggu ketika musim sejuk.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2024 @ 11:09 PM