TROSSARD (kanan) menghadiahkan kemenangan yang sangat bermakna buat Brighton. FOTO AFP
TROSSARD (kanan) menghadiahkan kemenangan yang sangat bermakna buat Brighton. FOTO AFP
AFP

LEANDRO Trossard membantu Brighton untuk terus berada di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan meletakkan Norwich dalam bahaya tersingkir selepas pemain kelahiran Belgium itu meledakkan gol untuk kelabnya mencatat kemenangan 1-0 di Carrow Road sebentar tadi.

Trossard menjaringkan gol pada separuh masa pertama untuk melonjakkan Brighton sembilan mata dari zon penyingkiran.

Kemenangan kedua daripada empat perlawanan sejak saingan EPL bersambung meletakkan mereka di kedudukan selamat, namun gambaran berbeza buat Norwich.

Ketika berbaki lima perlawanan, Norwich kekurangan tujuh mata dari zon selamat selepas tumpas kesemua lima perlawanan sejak saingan kembali bersambung selepas diganggu dengan penularan Covid-19.

Peluang Norwich untuk mengelak daripada kembali ke Liga Kejuaraan dilihat pudar apabila mereka masih lagi perlu berdepan pasukan gergasi seperti Chelsea dan Manchester City.

Trossard menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-25 selepas menerima hantaran rendah Aaron Mooy dari sebelah kanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 10:28 PM