PESEIRO akui skuadnya berdepan tugas sukar di Ivory Coast.
PESEIRO akui skuadnya berdepan tugas sukar di Ivory Coast.
AFP

Abuja: Jurulatih Jose Peseiro bertekad membawa Nigeria menjulang trofi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) kali keempat tetapi mengakui misi itu sangat mencabar apabila kejohanan bermula bulan ini di Ivory Coast.

Kali terakhir daripada tiga trofi dimiliki Nigeria ialah sepuluh tahun lalu di Afrika Selatan.

"Kami akan berjuang untuk memenanginya walaupun ia bukan tugas mudah," kata Peseiro dalam temuramah dengan NFF TV.

"Kumpulan kami tidak mudah kerana kami berdepan Ivory Coast yang mempunyai skuad yang baik dan mereka beraksi di tempat sendiri.

"Equatorial Guinea pula mara ke suku akhir dalam AFCON sebelum ini, lebih baik daripada Nigeria manakala Guinea Bissau menewaskan kami di tempat sendiri (dalam aksi kelayakan).

"Kami perlu berada pada tahap terbaik terutamanya ketika sesi latihan dan perlawanan."

Jurulatih Portugal itu berkata lebih daripada 70 pemain dipanggil sebelum dia memilih kumpulan terakhir.

"Tidak mudah memilih 25 pemain," katanya.

Skuad Nigeria berkumpul di Abu Dhabi hari ini untuk kem latihan latihan sebelum ke Ivory Coast dan mereka memulakan kempen AFCOn dengan menentang Equatorial Guinea di Abidjan pada 14 Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 January 2024 @ 8:15 AM