DOMINIC Tan. FOTO DOMINIC TAN
DOMINIC Tan. FOTO DOMINIC TAN
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Kehadiran pemain pertahanan kental Malaysia, Dominic Tan dalam kesebelasan utama untuk aksi pertama Kumpulan D pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan malam ini disambut baik oleh penyokong setia Harimau Malaya.

Meninjau ruangan komen Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), rata-rata di antara mereka begitu gembira dan memberi kata-kata semangat kepada pemain itu.

"Harap dominic boleh main macam dominic lawan saudi u23 dulu," kata Irwan Shah.

"Terbaik, bek kental Harimau Malaya, Dominic Tan beraksi untuk kesebelasan utama," kata Shahrul Idham

"Kemon Dominic Tan kepala rimau (tatu di paha) Maguire (Harry) boleh bangkit, takkan awak tidak boleh," Hizami Jafri.

Itu antara komen positif buat pemain pemain pertahanan negara selepas dia menerima kritikan teruk pada final Pestabola Merdeka bulan lalu.

Sepak mula Malaysia menentang Kyrgyzstan akan bermula tepat jam 9.00 malam dan ini adalah perlawanan pertama kumpulan D untuk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Kesebelasan Utama Harimau Malaya: Syihan Hazmi (PG), Matthew Davies (K), Shahrul Saad, Dion Cools, Dominic Tan, Stuart Wilkin, Brendan Gan, Corbin Ong, Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Darren Lok.

Jurulatih: Kim Pan-gon

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2023 @ 9:01 PM