LEMINA meraikan gol kemenangan yang disumbangkannya. FOTO AFP
LEMINA meraikan gol kemenangan yang disumbangkannya. FOTO AFP
Reuters

Wolverhampton: Wolverhampton Wanderers mengejutkan Tottenham Hotspur selepas menang 2-1 dengan gol pada masa kecederaan Pablo Sarabia dan Mario Lemina sekali gus menghalang pelawat daripada kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Walaupun meletakkan empat pertahanan simpanan, Spurs mendahului pada minit ketiga apabila Pedro Porro melakukan hantaran kepada Brennan Johnson yang berusia 22 tahun untuk menjaringkan gol.

Spurs kemudian mengekalkan kelebihan tipis mereka selama 90 minit.

Pemain Wolves, Hwang Hee-Chan dan Sasa Kalajdzic kedua-duanya melakukan rembatan tersasar, tetapi pemain gantian Sarabia yang akhirnya memberikan pasukan tuan rumah gol penyamaan pada minit ke-91 apabila bijak mengawal hantaran lintang dan melepaskan sepakan voli.

Ketika kedudukan seakan berakhir dengan seri, Lemina kemudiannya melakukan larian sempurna pada minit ke-97 untuk mendapatkan hantaran Sarabia bagi membolehkannya meledak gol kemenangan.

Keputusan itu meletakkan Spurs di tangga kedua manakala Wolves naik ke tangga ke-12.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2023 @ 11:14 PM