PEMAIN pertahanan Milan, Fikayo Tomori (kiri) berebut bola depan penyerang Dortmund, Marco Reus pada perlawanan awal pagi tadi. FOTO AFP
PEMAIN pertahanan Milan, Fikayo Tomori (kiri) berebut bola depan penyerang Dortmund, Marco Reus pada perlawanan awal pagi tadi. FOTO AFP
AFP

Dortmund: AC Milan sekali lagi buntu mencari jaringan dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila seri 0-0 di Borussia Dortmund, awal pagi tadi, sekali gus terjatuh ke tangga ketiga Kumpulan F.

Kelab gergasi Serie A bimbingan Stefano Pioli itu yang mara ke separuh akhir, musim lalu, mencipta banyak peluang, tetapi gagal menyempurnakannya dan mengulangi keputusan seri 0-0 dengan Newcastle pada perlawanan pembukaan di San Siro.

"Saya memang kecewa," kata pemain sayap Milan, Rafael Leao.

"Kami tidak boleh gembira dengan keputusan seri ini, kami melepaskan banyak peluang dan dalam kempen UCL, kesilapan begitu tidak boleh dimaafkan."

Dortmund kini menduduki tangga tercorot kumpulan iaitu satu mata di belakang Milan dan tiga mata di belakang pendahulu awal, Newcastle yang menang besar 4-1 ke atas pasukan di tangga kedua, Paris Saint-Germain (PSG).

Kelab Jerman itu gagal menjaringkan gol dalam kempen musim ini selepas tewas 0-2 kepada PSG di Parc des Princes pada perlawanan sulung.

"Bagi saya, kami bermain bola sepak dengan baik," kata penyerang Dortmund, Niclas Fuellkrug.

"Kejayaan Newcastle menewaskan PSG memberikan kami keyakinan dan kami lihat apa saja boleh berlaku dalam kumpulan ini, tiada pasukan boleh dianggap mudah."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2023 @ 8:59 AM