KLOPP mengharapkan sentuhan pemain yang cergas menjelang aksi tetangga Merseyside. FOTO AFP
KLOPP mengharapkan sentuhan pemain yang cergas menjelang aksi tetangga Merseyside. FOTO AFP
Reuters

Liverpool: Pemain yang direhatkan sebelum ini diharap mampu membantu Liverpool menang ke atas Everton Khamis ini namun mereka beraksi tanpa Diogo Jota yang mengalami kecederaan dalam aksi bertemu Fulham sebelum ini, kata pengurus, Juergen Klopp.

Liverpool mengetepikan pemain utama dalam kesebelasan ketika menang 3-1 ke atas Fulham termasuk Mohamed Salah, Ibrahima Konate, Dominik Szoboszlai, Darwin Nunez dan Alexis Mac Allister untuk persiapan perlawanan tetangga Merseyside.

"Kami terpaksa melakukannya," kata Klopp kepada pemberita.

"Kami akan lihat apa yang boleh kami lakukan sekarang untuk perlawanan ini ... semoga sekali lagi kami akan mempunyai banyak pemain yang cergas di atas padang."

Kemenangan Ahad lalu adalah yang pertama buat Liverpool dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka menduduki tempat kedua dengan mengumpul 74 mata daripada 33 perlawanan, sama dengan pendahulu Arsenal dan satu mata di depan juara bertahan Manchester City yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Jota menjaringkan gol ketiga Liverpool di Fulham tetapi kini akan berehat selama dua minggu kerana kecederaan, kata Klopp.

"Anda perlu berhadapan dengan semua halangan kecil, jika ia membabitkan kecederaan" kata Klopp.

"Ini semua mengenai bagaimana anda boleh mendapatkan semula perasaan yang betul. Saya sangat gembira dengan sambutan itu."

Klopp berkata berdepan Everton di tempat lawan sentiasa mencabar, dengan sembilan daripada 11 aksi terakhir Merseyside di Goodison Park berakhir dengan keputusan seri.

"Goodison Park juga boleh mencipta suasana yang cukup baik," kata Klopp.

"Mereka sentiasa kelihatan bersedia untuk perlawanan itu. Kami perlu memastikan kami bersedia untuk yang ini... Demam Aksi Tetangga akan berada dalam fikiran, jadi kami perlu bersikap tenang dan ia adalah bahagian penting dalam persediaan untuk perlawanan itu."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 12:08 AM