Jurgen Klopp (kanan) memberi arahan kepada pemain tengah Liverpool, Jordan Henderson pada aksi Liga Perdana. FOTO AFP
Jurgen Klopp (kanan) memberi arahan kepada pemain tengah Liverpool, Jordan Henderson pada aksi Liga Perdana. FOTO AFP
Agensi

BOS Liverpool, Jurgen Klopp terpaksa menolak idea untuk memperbesarkan saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Susulan kemenangan 2-0 ke atas Watford pada Sabtu, pendahulu Liga Perdana akan berdepan Aston Villa dalam saingan suku akhir Piala Caraboa pada Selasa.

Dan kurang daripada 24 jam daripada itu, mereka akan beraksi pada separuh akhir Piala Kelab Dunia di Qatar pada Selasa.

“Kita terpaksa kurangkan perlawanan bukan menambah lebih banyak lagi. Sehingga itu kami harus melakukan apa yang kami lakukan.” kata Klopp.

Klopp akan terbang ke Qatar bersama 23 pemain skuad senior hari ini.

Sementara, jurulatih bawah 23 tahun Liverpool, Neil Critchley dijangka mengambil alih skuad mudanya bagi perlawanan di Villa Park.

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan Liverpool antara enam kelab Liga Perdana yang menyokong perancangan untuk menambah saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara kepada 32 pasukan, kertas kerja yang kemungkinan menyaksikan penghapusan perlawanan timbal balik Piala FA dan pertukaran pusingan kedua Piala Liga kepada saingan separuh akhir.

“Hari ini saya membaca beberapa kelab utama mahu lebih banyak perlawanan dalam Liga Juara-Juara.” kata Klopp.

“Saya tidak terbabit dalam perancangan ini. Ia tak masuk akal.”

Apabila ditanya mengenai jadual padat yang menyaksikan barisan skuad kendaliannya terpaksa bermain lapan perlawanan dalam masa empat minggu membabitkan tiga kejohanan di dua Benua, dia berkata : “Kami terpaksa berurusan dengannya.”

Liverpool bertanding dalam tujuh kejohanan musim ini dan mungkin bermain lebih 67 perlawanan dalam 300 hari jika mereka melepasi semua peringkat - dengan purata setiap perlawanan 4.5 hari.

Reds sudah beraksi 27 perlawanan dalam semua kejohanan dan mungkin perlu bermain 31 perlawanan sebelum Tahun Baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 1:31 PM