SALAH (kanan) setia bersama Liverpool. FOTO AFP
SALAH (kanan) setia bersama Liverpool. FOTO AFP
Agensi

London: Liverpool tidak bercadang untuk menjual Mohamed Salah di tengah-tengah spekulasi baharu yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi.

Al-Ittihad dilaporkan berminat dengan penyerang Mesir itu, yang menyertai The Reds dari Roma pada 2017.

Bagaimanapun, Liverpool tidak mahu menjual pemain yang baharu menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun pada musim panas lalu ketika jendela perpindahan akan ditutup pada 1 September ini.

Ejen Salah sebelum ini menafikan khabar angin mengenai perpindahannya ke Arab Saudi.

"Mohamed tetap komited bersama Liverpool," kata ejen Salah Ramy Abbas Issa dalam catatan media sosial pada 7 Ogos.

"Jika kami mempertimbangkan untuk meninggalkan Liverpool tahun ini, kami tidak akan memperbaharui kontrak musim panas lalu."

Wakil Salah tidak memberi maklum balas susulan khabar angin terbaharu mengaitkannya dengan perpindahan ke Al-Ittihad, yang sudah mendapatkan khidmat pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema; bekas pemain tengah Liverpool, Fabinho; bekas pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante dan bekas pemain sayap Celtic, Jota.

Bekas bos Tottenham dan Wolves, Nuno Espirito Santo ialah pengurus kelab itu.

Salah beraksi pada kedua-dua perlawanan awal Liverpool musim ini, walaupun dia menunjukkan kekecewaan apabila digantikan ketika bertemu Chelsea sebelum meledak gol ketika menentang Bournemouth.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2023 @ 8:03 AM