GUARDIOLA dan penyerang Norway   Erling Haaland bersama trofi kemenangan.  FOTO AFP
GUARDIOLA dan penyerang Norway Erling Haaland bersama trofi kemenangan. FOTO AFP
AFP

Piraeus, Greece: Pep Guardiola ternyata belum puas dan mahu melengkapkan kesemua trofi ketika bergelar pengurus Manchester City selepas menjuarai Piala Super Uefa dengan menewaskan Sevilla 5-4 menerusi penentuan penalti di Athens awal pagi tadi.

Juara Eropah itu terpaksa bangkit selepas ketinggalan hasil tandukan Youssef En-Nesyri yang meletakkan kelab Sepanyol itu di depan pada babak pertama.

City gagal beraksi pada tahap terbaik tetapi berjaya memaksa perlawanan ke penentuan penalti selepas tandukan Cole Palmer pada babak kedua menyamakan kedudukan 1-1.

Skuad Guardiola kemudiannya menyempurnakan kesemua penalti dan menang 5-4 selepas rembatan pertahanan Sevilla Nemanja Gudelj terkena palang.

Jika City menjuarai Piala Dunia Kelab pada 1 Disember ini, ia melengkapkan deretan trofi Guardiola sejak tiba di England termasuk lima gelaran Liga Perdana Inggeris, empat Piala Liga, dua Piala FA dan Liga Juara-Juara.

"Kami sangat berbangga untuk kelab selepas kemenangan ini," kata Guardiola. "Kami hanya perlukan satu lagi gelaran untuk melengkapkan koleksi trofi."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2023 @ 8:23 AM