PENJAGA gol Olympiakos Jose Sa (tengah) menyelamatkan percubaan dari Manchester City. FOTO AFP
PENJAGA gol Olympiakos Jose Sa (tengah) menyelamatkan percubaan dari Manchester City. FOTO AFP
AFP

Piraeus, Greece: Manchester City mara ke kelompok 16 terbaik Liga Juara-Juara namun apa yang membimbangkan Pep Guardiola adalah skuadnya kurang menyengat biarpun menang 1-0 ke atas Olympiakos.

Rembatan Phil Foden sembilan minit sebelum masa pertama tamat memastikan rekod kemenangan 100 peratus City di Eropah musim ini.

Namun dengan hanya satu gol ia adalah sesuatu yang membimbangkan biarpun pelawat lebih menguasai perlawanan.

Guardiola melakukan lima perubahan ketika mereka tewas 2-0 di Tottenham Sabtu lalu yang menyaksikan penampilan paling buruk City dalam tempoh beberapa bulan.

Menjaringkan gol adalah masa terbesar City dalam Liga Perdana tapi mereka menjaringkan tiga gol dalam setiap tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara sewaktu menang ke atas Porto, Marseille dan Olympiakos di Manchester tiga minggu lalu.

City mencipta 21 peluang di depan gol, 10 tepat ke sasaran tetapi sekali lagi kehilangan sentuhan Sergio Aguero pada 15 minit terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 11:08 AM