CITY mungkin akan menjadi pilihan Race jika ia membuat pertukaran dengan Phillips. -FOTO AFP
CITY mungkin akan menjadi pilihan Race jika ia membuat pertukaran dengan Phillips. -FOTO AFP
AFP

London: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola dimaklumkan bahawa perjanjian pertukaran untuk Declan Rice boleh menyaksikan pasukan itu berada di hadapan Arsenal dalam usaha untuk mendapatkan pemain tengah itu.

The Gunners sudah lama dikaitkan dengan perpindahan bintang England itu. Pasukan Mikel Arteta membuat sekurang-kurangnya dua bidaan untuk Rice bagaimanapun kedua-duanya ditolak oleh West Ham.

Usaha Arsenal untuk mengikat pemain tengah itu juga menjadi lebih sukar sejak minggu lalu apabila juara bertahan Liga Perdana dan pemenang treble Manchester City juga berminat dan dijangka membuat tawaran sendiri untuk mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun, bekas pemilik Crystal Palace, Simon Jordan percaya City menjadi pilihan utama sekiranya mereka mencadangkan perjanjian pertukaran membabitkan bekas bintang Leeds, Kalvin Phillips.

"Adakah Declan Rice akan dijual kepada Arsenal? Saya tidak tahu. Ia bergantung kepada siapa lagi yang akan membuat tawaran. Terdapat peluang yang boleh dipertingkatkan dalam perjanjian ini.

"Apa yang Kalvin Phillips katakan dan apa yang Pep Guardiola beritahu mungkin dua perkara berbeza. Jika dia berkata dia mahu kekal di Manchester City dan Guardiola berkata, 'itu sangat dipuji anakku tapi kamu mungkin tidak bermain', maka sikapnya perlu berubah.

Phillips hanya berpindah ke Etihad 12 bulan lalu dengan perjanjian bernilai £45 juta (RM267.73 juta) dari Leeds.

Dia mengharungi kempen yang amat sukar apabila hanya membuat 21 penampilan dalam semua pertandingan dan empat daripadanya dalam kesebelasan utama.

Walaupun begitu, dia masih mendapat pengiktirafan England dalam aksi antarabangsa.

Phillips menjaringkan gol pertamanya untuk Three Lions ketika England menang 7-0 ke atas Macedonia Utara di Old Trafford.

Pemain tengah itu masih mempunyai baki lima tahun dalam kontrak yang dimeterainya bersama Manchester City.

Walaupun West Ham boleh muncul sebagai pilihan untuk Phillips dalam masa terdekat, dia juga mempunyai peminat di tempat lain dalam Liga Perdana.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2023 @ 10:02 AM