Declan Rice (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters
Declan Rice (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters
AFP

Doha: Pemain tengah England, Declan Rice terlepas sesi latihan pasukannya kerana masalah kesihatan yang tidak diketahui menjelang aksi suku akhir Piala Dunia berdepan Perancis awal pagi Ahad ini.

Rice tidak mengambil bahagian dalam sesi latihan di Al Wakrah semalam sekalipun tidak dapat dipastikan sejauh masa serius masalah kesihatan dihadapi itu.

Rice pemain tengah West Ham United disenaraikan dalam kesebelasan permulaan dalam semua empat perlawanan England di Qatar dan menjadi tonggak penting kepada perancangan Gareth Southgate di barisan tengah.

Beraksi di bahagian tengah bertahan, Rice membentuk gandingan mantap bersama pemain berusia 19 tahun, Jude Bellingham dengan gandingan itu cukup efektif ketika membantu kemenangan 3-0 ke atas Senegal pada peringkat 16 terbaik.

Calon pengganti Rice jika dia terlepas perlawanan berdepan Perancis kemungkinan Kalvin Phillips.

Phillips menjadi tonggak tengah ketika membantu England mara ke final Euro 2020 tahun lalu tetapi susulan perpindahan ke Manchester City, kecederaan membataskan minit permainannya dan dia hanya kembali beraksi hanya sebelum kejohanan bermula.

Southgate juga tanpa penyerang simpanan, Callum Wilson yang mengalami kecederaan otot.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2022 @ 9:15 PM