PEMAIN tengah, Kalvin Philips mungkin perlu dibedah untuk membolehkannya beraksi di Piala Dunia Qatar 2022. FOTO Reuters
PEMAIN tengah, Kalvin Philips mungkin perlu dibedah untuk membolehkannya beraksi di Piala Dunia Qatar 2022. FOTO Reuters
Reuters

London: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata, pemain tengah England, Kalvin Phillips terpaksa diketepikan kerana kecederaan bahu dan mungkin boleh bermain di Piala Dunia, selepas pembedahan.

Phillips diketepikan daripada skuad yang menang 3-0 di Wolverhampton Wanderers pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu, berikutan kecederaan bahu yang dialami ketika aksi persahabatan menentang Barcelona, bulan lalu.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu berdepan masalah kecederaan sejak menyertai City dari Leeds United pada hujung musim lalu dan hanya bermain aksi kompetitif selama 13 minit.

Guardiola menyatakan dia tidak pasti berapa lama Phillips akan tersisih, tetapi dia mungkin boleh bermain di Piala Dunia Qatar 2022, apabila England memulakan kempen menentang Iran pada 21 November.

"Doktor berkata hanya satu penyelesaian buat masa ini iaitu melakukan apa yang perlu dilakukannya. Ia tidak memerlukan masa lama sangat," kata Guardiola.

Bagaimanapun, katanya, pemain tengah itu mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menyelesaikan masalahnya bergantung kepada nasihat perubatan.

Phillips akan terlepas perlawanan England pada aksi Liga Negara-Negara menentang Itali dan Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2022 @ 9:02 PM