SAFAWI ketika menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya. FOTO GHAZALI KORI
SAFAWI ketika menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya. FOTO GHAZALI KORI
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: "Siapa yang keluarkan cerita perlu menyebut tentang JDT (Johor Darul Ta'zim). Siapa yang percaya lebih jahil daripada yang keluarkan cerita."

Itu respon pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempersoalkan tindakan segelintir pihak menyebarkan khabar angin tentang penghijrahan Safawi Rasid ke beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) pada jendela perpindahan pemain bulan depan.

Jelas Tunku Ismail, isu perpindahan Safawi sebenarnya tidak masuk akal kerana skuad Harimau Selatan adalah destinasi terbaik untuk mana-mana pemain bola sepak.

"Apa yang ada di JDT? Apa yang ada di pasukan lain? Letakkan anda di tempat pemain JDT.

"Kenapa perlu mereka keluar? Minit bermain? Di JDT, permainan berkualiti, bukan perlawanan semata-mata.

"Safawi pergi pinjaman akhirnya balik ke JDT sendiri dan nak kekal di JDT. Kenapa? Duit, kemudahan dan pencapaian," kata Tunku Ismail yang menjelaskan sebab-sebab mengapa pemain kebangsaan itu mahu kekal di JDT.

Terdahulu, 'bertebaran' dakwaan yang Safawi bakal meninggalkan skuad Harimau Selatan dengan menyertai Terengganu FC pada jendela perpindahan kedua Liga M bulan depan.

Selain Terengganu FC, wujud juga spekulasi yang mengaitkan Sri Pahang dengan pemain itu.

Begitupun, difahamkan Safawi akan terus kekal bersama JDT hingga hujung musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2023 @ 3:49 PM