BELLINGHAM diketepikan dari skuad England kerana kecederaan hamstring. -FOTO AFP
BELLINGHAM diketepikan dari skuad England kerana kecederaan hamstring. -FOTO AFP
Agensi

London: Jude Bellingham dan Lewis Dunk diketepikan daripada skuad England untuk kelayakan Euro 2024 menentang Malta dan Macedonia Utara.

Bellingham kini berada di Real Madrid masih mengalami kecederaan hamstring, turut tidak beraksi perlawanan terakhir Borussia Dortmund selain menyaksikan mereka turut terlepas kejuaraan Bundesliga selepas seri 2-2 di laman sendiri kepada Mainz.

Pemain tengah berusia 19 tahun itu akan ke St George Park untuk menerima rawatan lanjut, tetapi tidak akan bermain dalam mana-mana perlawanan dan perkara itu disahkan oleh pasukan dalam satu kenyataan.

Bellingham bukan satu-satunya dari skuad asal 25 pemain Southgate yang diketepikan kerana pertahanan Brighton, Lewis Dunk turut tidak dapat bersama skuad England itu.

Pemain England mula berkumpul di St George Park semalam bersiap sedia untuk perjalanan ke Malta di Ta' Qali dan perlawanan Isnin menentang Macedonia Utara di Old Trafford.

Declan Rice dari West Ham, yang menjulang trofi Liga Persidangan Eropah pada pertengahan minggu lalu akan menyertai skuad kebangsaan beberapa hari lagi bersama-sama dengan lima pemain dari skuad Manchester City yang memenangi Liga Juara-Juara.

Jack Grealish, John Stones, Phil Foden, Kyle Walker dan Kalvin Phillips diberi kelonggaran untuk bersama-sama dengan perarakan bas City di Manchester hari ini sebelum melaporkan diri untuk bertugas.

Dalam video yang disiarkan di akaun media sosial England pada hari Southgate berkata: "Kami menjalani latihan ringan daripada yang kami mahukan tetapi hari ini adalah sesi penting selepas pemain kembali dari pasukan mereka.

"Mereka semua menjaga diri mereka dan berada dalam keadaan baik tetapi anda tidak berlatih dengan pasukan dan dalam tempoh itu anda perlu menyesuaikan diri anda dan kembali kepada rentak.

"Kami akan memastikan pemain kembali hari ini supaya mereka bersedia untuk esok dan kemudian kami memulakan persiapan yang lebih taktikal untuk perlawanan dengan Malta.

"Saya rasa apa yang kami tunjukkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini ialah kami sebuah pasukan yang kini boleh menentang beberapa pasukan terbaik di dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2023 @ 9:43 AM