PALMER (kiri) disenaraikan dalam skuad England. FOTO Reuters
PALMER (kiri) disenaraikan dalam skuad England. FOTO Reuters
Reuters

London: England menyenaraikan Cole Palmer dari Chelsea, pemain Manchester City, Rico Lewis dan tonggak Aston Villa, Ezri Konsa buat kali pertama untuk kelayakan Euro bulan ini menentang Malta dan Macedonia Utara.

Palmer menjaringkan empat gol liga sejak menyertai Chelsea dari City, termasuk gol penyamaan pada masa kecederaan ketika kedua-dua pasukan seri 4-4.

Konsa, 26, memainkan peranan penting dalam peningkatan Villa ke tangga kelima kedudukan liga.

Lewis yang berusia 18 tahun membuat 10 penampilan dalam semua pertandingan untuk penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) City.

James Maddison, Lewis Dunk dan Callum Wilson, yang dinamakan dalam skuad awal yang diumumkan minggu lalu, tidak dapat meneruskan aksi akibat kecederaan.

Pemain Real Madrid, Jude Bellingham juga diragui mengenai tahap kecederaan, tetapi berjaya mengekalkan tempatnya dalam skuad.

England akan menentang Malta dalam Kumpulan C di Wembley, sebelum bertandang menentang Macedonia Utara.

Skuad kendalian Gareth Southgate sudah pun layak ke Euro 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2023 @ 10:08 PM