HAALAND (kiri) meraikan kejayaan memenangi Liga Juara-Juara bersama pasangannya, Isabel Johansen. FOTO REUTERS
HAALAND (kiri) meraikan kejayaan memenangi Liga Juara-Juara bersama pasangannya, Isabel Johansen. FOTO REUTERS
Agensi

London: Erling Haaland dan Jack Grealish kedua-duanya diberikan penarafan 'agak kejam' oleh akhbar Perancis, L'Equipe selepas Manchester City meraih kemenangan di final Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Pep Guardiola dinobatkan sebagai juara Eropah selepas menewaskan Inter Milan 1-0 di Stadium Olimpik Ataturk sekali gus meraih gelaran treble.

Rodri memberi inspirasi kepada City apabila menjaringkan gol minit ke-68 untuk memastikan kejuaraan buat kelab Inggeris itu.

Walaupun juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memenangi aksi final di Istanbul, mereka gagal mempamerkan prestasi sebenar apabila Inter di bawah bimbingan Simone Inzaghi sering memberikan tentangan sengit.

Selepas perlawanan, akhbar Perancis L'Equipe, yang terkenal kerana sering memberikan penilaian kepada pemain, sekali lagi memberikan penilaian aksi final Liga Juara-Juara itu.

Di sebalik kerap mengancam Andre Onana di gawang gol beberapa kali, Haaland yang sudah menjaringkan 52 gol dalam semua pertandingan musim ini gagal untuk meledak gol pada perlawanan itu.

Ini bermakna, penyerang Norway itu hanya menjaringkan satu gol dalam lapan penampilan terakhirnya, malah turut gagal mencetak gol dalam perlawanan akhir Piala FA.

Untuk aksi final Liga Juara-Juara, L'Equipe hanya memberikan penarafan 4/10 kepada Haaland serta Grealish.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2023 @ 9:39 PM