PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Kelantan FC masih terbuka menanti pemilik baharu jika ada pihak yang berminat untuk membeli sepenuhnya saham kelab itu, sambil mengharapkan pembida itu hadir dengan 'proof of funds' dan bukannya sembang kosong.

Jelas pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman, beliau masih menunggu jika ada pihak yang mahu menggantikannya sebagai pemilik kelab.

Katanya, beliau tidak pernah menutup peluang buat mana-mana pihak untuk membeli TRW di mana tawaran sentiasa terbuka.

"Dalam catitan saya, saya masih kekal terbuka untuk mana-mana individu yang mampu galas tugas sebagai 'owner' untuk beli TRW ini dari saya.

"Setakat hari ini takda seorang pun hadir. Silakan marilah runding. Silakan hadir dan email ke [email protected] dengan 'proof of funds'. Tak mahu sembang sahaja," katanya di laman sosial miliknya.

Beliau menyatakan perkara itu bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa pihak yang masih mempertikaikan kejujurannya untuk mengendalikan TRW.

Malah, ada juga peminat yang meminta agar tawaran penjualan Kelantan FC di buka untuk tempoh panjang, dan bukannya sebulan.

Saya masih terbuka. Cepat munculkan diri. Saya nak bayar gaji lagi ini. Kalau saya untung, marilah jadi 'owner' dan cari untung dengan 'bisnes' di bola.

"Saya ikhlas membina TRW sama sebagaimana saya selamatkan TRW tiga tahun lepas. Masa itu tak ada juga orang nak selamatkan.

"Hanya dalam tujuh hari hari saya selesai 'deal' dan bayar deposit beli Kelantan pada 3 September 2020," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2023 @ 2:27 PM