BENZEMA ledak hatrik bantu Real catat kemenangan ke atas Almeria. FOTO AFP
BENZEMA ledak hatrik bantu Real catat kemenangan ke atas Almeria. FOTO AFP
Agensi

Madrid: Carlo Ancelotti membandingkan gabungan Karim Benzema, Vinicius Junior dan Rodrygo dengan gandingan dengan penyerang Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale, selepas hatrik Benzema pada separuh masa pertama membantu Real Madrid menewaskan Almeria.

Benzema hanya memerlukan 42 minit untuk melengkapkan satu lagi hatrik ketika menang 4-2 ke atas pasukan yang kini sedang bergelut di La Liga, mendapat manfaat daripada hantaran Vinicius dan Rodrygo sebelum menyempurnakan sepakan penalti.

Rodrygo kemudian menambah gol keempat yang menakjubkan dari jarak jauh, manakala Lazaro dan Lucas Robertone menghadiahkan gol buat Almeria di Santiago Bernabeu semalam.

Selepas perlawanan, Ancelotti ditanya sama ada trio penyerang Madrid ketika ini boleh menandingi bekas penyerang Los Blancos ketika mereka memenangi empat kejuaraan Liga Juara-Juara dalam lima musim antara 2013-14 dan 2017-18.

"Ia soalan yang bagus," kata pengendali dari Itali itu.

"Mereka serupa dari segi keberkesanan dan kualiti dengan ciri-ciri pemain yang berbeza.

"Ia adalah trio yang berbeza, tetapi mereka berdua sangat bagus. Trio 2014 sangat berbahaya dan trio sekarang juga sangat berbahaya."

Turut menjaringkan hatrik ketika menang ke atas Real Valladolid dan Barcelona bulan ini, Benzema juga meledak tiga treble dalam lapan perlawanan untuk Madrid sepanjang 120 perlawanan kelab.

Ditanya mengenai persembahan pemegang Ballon d'Or itu, Ancelotti berkata: "Benzema berada dalam keadaan baik dan dia sudah menunjukkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2023 @ 11:15 AM