RONALDO bersama keluarganya di Arab Saudi.
RONALDO bersama keluarganya di Arab Saudi.
Agensi

Riyadh: Teman wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez mendedahkan insiden mengejutkan yang menimpa anak mereka di Arab Saudi.

Menurut Georgina, anaknya dipukul rakan sekelas ketika mereka masih bergelut dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan dan persekitaran baharu di negara Arab itu.

Ronaldo meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama pada November lalu dan beraksi di Liga Profesional Saudi bersama kelab Al Nassr.

Bercakap kepada Telemundo, model itu mendedahkan anak mereka menghadapi beberapa isu di sekolah terutamanya dari segi pergaulan.

"Di sekolah ada ketikanya mereka dipukul. Mereka tidak mempertahankan diri, mereka tidak melawan. Pada hari lain, seorang anak saya yang dipukul, saya mengambilnya dan dia mula menangis sambil menyebut 'Mama!'

"Saya fikir dia bergaduh. Saya kata apa dah jadi dengan kamu. Budak pukul saya dan saya beritahunya: 'Baiklah...dan kamu tak tahu pertahankan diri dengan apa yang kamu belajar di rumah?"

Cristiano Ronaldo yang juga bekas bintang Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid dan Juventus adalah bapa kepada lima anak Cristiano Ronaldo Jr., Alana Martina , Bella Esmelralda, Eva Maria dan Mateo Ronaldo.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2023 @ 4:59 PM