Ronaldo (kanan) dan Georgina bakal dapat anak kembar. Mereka turut berkongsi gambar ujian ultrasound bakal anak kembar itu. FOTO Instagram Ronaldo.
Ronaldo (kanan) dan Georgina bakal dapat anak kembar. Mereka turut berkongsi gambar ujian ultrasound bakal anak kembar itu. FOTO Instagram Ronaldo.
AFP

Lisbon: Cristiano Ronaldo mengumumkan menerusi media sosial bahawa pasangannya, Georgina Rodriguez mengandungkan anak kembar.

"Gembira mengumumkan kami menantikan anak kembar. Hati kami penuh dengan rasa sayang - kami tidak sabar menanti kamu," menurut bintang Manchester United dan Portugal berusia 37 tahun itu yang sudah memiliki empat anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Hantaran berkenaan diikuti gambar pasangan berkenaan berbaring di katil dengan Ronaldo memegang dua gambar ujian ultrasound.

Anak lelaki sulungnya, Cristiano Junior, dilahirkan pada Jun 2010 menerusi ibu tumpang.

Tujuh tahun kemudian, pada Jun 2017, Ronaldo menjadi ayah kepada pasangan kembar Eva dan Mateo dengan cara yang sama. Alana Martina, dilahirkan pada November 2017, adalah anak pertamanya bersama Rodriguez.

Pada 2017, Ronaldo memberitahu France Football bahawa dia mahukan tujuh anak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 8:14 AM