RONALDO ceria bersama bayi perempuannya.
RONALDO ceria bersama bayi perempuannya.
Agensi

London: Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez berkongsi foto bayi perempuan mereka buat kali pertama di media sosial semalam.

Dalam Instagram, Ronaldo dilihat tersenyum memangku bayi perempuannya bersama Georgina dan empat anak yang lain Cristiano Jr, 11, pasangan kembar Eva and Mateo serta Alana.

Foto itu dikongsi untuk tatapan peminat selepas Ronaldo kembali menjalani latihan bersama Manchester United.

"Selamat kembali ke rumah," tulisnya. "Gio dan bayi kami akhirnya dapat bersama."

"Kami ucapkan terima kasih di atas kata-kata semangat diberikan. Sokongan anda sangat penting dan kami dapat berasakan kasih sayang ditunjukkan anda kepada keluarga kami. Kini masa untuk bersyukur dengan kehidupan."

Pasangan berkenaan dikurniakan bayi kembar lelaki dan perempuan pada Isnin lalu namun Ronaldo kemudian mengumumkan kematian anak lelakinya di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2022 @ 10:00 AM