SALAH diberikan rawatan ketika menentang Brighton. FOTO Agensi
SALAH diberikan rawatan ketika menentang Brighton. FOTO Agensi
Agensi

London: Mohamed Salah mungkin tidak dapat beraksi menentang Arsenal selepas penyerang sensasi itu tersisih sesi latihan Liverpool, semalam.

The Reds akan menentang Arsenal yang kini di kemuncak prestasi pada pagi Khamis tetapi misi menewaskan skuad Mikel Arteta berdepan tugas sukar selepas Salah tercedera ketika menewaskan Brighton.

Salah menjaringkan gol kedua menerusi penalti dan muncul pemain pertama meledak 20 gol musim ini selain menjaringkan gol ke-2000 Liverpool di Amex.

Tetapi bintang Mesir berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan sejurus selepas itu dan terpaksa dikeluarkan.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp membayangkan kecederaan Salah tidak serius tetapi penyerang itu tidak menjalani latihan menjelang aksi penting di Emirates dengan Reds kini berpeluang merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Manchester City kepada satu mata.

Klopp berkata kepada BT Sport: "[Salah] saya fikir tidak serius.Tetapi ketika duduk dia kelihatan tidak selesa.

"Saya fikir ia situasi ketika dia cuba melakukan rembatan dan dihalang. Dia mahu merembat dan disekat."

Mengenai sama ada Salah boleh diturunkan menentang Arsenal, Klopp berkata: "Kami perlu menunggu."

Sementara itu, James Milner dan Kostas Tsimikas turut terlepas sesi latihan di Merseyside tetapi Ibrahima Konate kembali berlatih selepas tidak beraksi dua perlawanan susulan masalah kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2022 @ 1:16 PM