BRIGHTON catat kemenangan manis tewaskan United 1-0. FOTO Reuters
BRIGHTON catat kemenangan manis tewaskan United 1-0. FOTO Reuters
AFP

Brighton, United Kingdom: Brighton berjaya membalas dendam yang cukup manis atas kekalahan mereka kepada Manchester United di separuh akhir Piala FA apabila Alexis Mac Allister menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-99 untuk menjejaskan harapan pelawat ke Liga Juara-Juara.

Brighton mendominasi penguasaan bola tetapi tidak mempunyai peluang sehingga bola terkena tangan Luke Shaw pada masa kecederaan memberikan mereka peluang untuk meraih tiga mata.

Kemenangan 1-0 melengkapkan kemenangan berganda liga untuk Seagulls ke atas United, yang menewaskan anak buah Erik ten Hag dalam perlawanan pertama musim ini tetapi mengalami kekalahan yang menyakitkan menerusi sepakan penalti pada separuh akhir Piala FA bulan lalu di Wembley.

United kekal di kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kedudukan terakhir untuk memburu tempat ke Liga Juara-Juara, empat mata di hadapan Liverpool di tangga kelima dengan satu perlawanan dalam tangan, manakala Brighton naik ke tangga keenam.

"Ada Tuhan bola sepak," kata pengendali Roberto De Zerbi.

"Kami berhak memenangi separuh akhir tetapi tewas menerusi sepakan penalti tetapi hari ini kami menang dengan penalti. Dalam kedua-dua perlawanan saya rasa kami bermain lebih baik daripada United."

Ten Hag kecewa kerana pasukannya gagal menyempurnakan penyudah tepat tetapi berkata, nasib United kini terletak di tangan mereka sendiri.

"Kami perlu menyempurnakan peluang, menjadi lebih klinikal dan tidak melakukan kesilapan yang kami lakukan pada saat-saat terakhir," kata pengendali Belanda itu.

"Kami mempunyai segala-galanya di tangan kami dan kami perlu bangkit semula. Kami mengambil pelajaran dari malam ini dan kami perlu meneruskan."

Kedua-dua pasukan mensia-siakan peluang terbaik di awal perlawanan yang menghiburkan di Stadium Amex.

Pasukan tuan rumah tampil penuh keyakinan selepas menang 6-0 ke atas Wolves, menikmati penguasaan bola tetapi United kelihatan berbahaya selepas waktu rehat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2023 @ 7:20 AM