MUDRYK hampiri perpindahan ke Chelsea. -FOTO Reuters
MUDRYK hampiri perpindahan ke Chelsea. -FOTO Reuters
AFP

Paris: Chelsea 'semakin hampir' melengkapkan perjanjian untuk mengikat penyerang Shakhtar Donetsk, Mykhailo Mudryk kata kelab Ukraine itu.

"Presiden FC Shakhtar, Rinat Akhmetov dan pemilik bersama Chelsea, Behdad Eghbali sedang membincangkan perpindahan Mudryk ke Chelsea hari ini," tweet Shakhtar.

"Mereka yang terbabit semakin hampir bersetuju dengan perpindahan pemain itu."

Mudryk, 22, menjaringkan tujuh gol dalam kejuaraan Ukraine musim ini.

Media Britain mendakwa perjanjian untuk pemain antarabangsa Ukraine itu bernilai sekitar €100 juta (RM470.32 juta) dengan kontrak tujuh tahun.

Chelsea kini bergelut di tangga ke-10 Liga Perdana.

Kekalahan 1-2 kepada Fulham Khamis lalu adalah yang ketujuh mereka dalam 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Chelsea dalam satu kenyataan berkata bahawa mereka sedang "membincangkan syarat" dengan Shakhtar.

"Sekiranya perjanjian dipersetujui antara kedua-dua kelab maka pemain antarabangsa Ukraine itu yang boleh beraksi di bahagian sayap atau penyerang akan membincangkan terma peribadi dengan The Blues sebelum perpindahan tetap," tambah kenyataan itu.

Mudryk hanya bermain 65 perlawanan kelab sepanjang kariernya setakat ini, sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal diumumkan sebagai pemain terbaik Shakhtar semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2023 @ 10:50 AM