ALVARO Morata. FOTO Reutershmonline01
ALVARO Morata. FOTO Reutershmonline01
AFP

CHELSEA bersetuju dengan perjanjian mengikat penyerang Sepanyol, Alvaro Morata daripada Real Madrid, difahamkan dengan yuran perpindahan 80 juta euros (RM395.5 juta).

Chelsea dan real Madrid membuat pengumuman rasmi pada laman web masing-masing pada Rabu.

“Chelsea Football Club dan Real Madrid bersetuju dengan perpindahan Alvaro Morata ke Stamford Bridge.

“Perpindahan ini tertakluk kepada persetujuan terma peribadi dan kelulusan pemeriksaan perubatan,” kata Cehlsea pada laman webnya.

Real Madrid turut mengesahkan laporan itu dalam kenyataan pada laman webnya.

“Pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada dedikasi, profesionalisme dan teladan pemain itu di sepanjang tempoh di sini, dari masa akademi sehingga ke skuad utama,” katanya.

Menurut stesen radio Sepanyol, Cadena Ser, Chelsea dilaporkan menawarkan £62 juta (RM346.4 juta) untuk pemain ini minggu lalu tetapi Madrid bersetuju dengan harga 80 million euros (RM395.5 juta).

Morata sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United tetapi minat mereka dilaporkan berakhir selepas menandatangani Romelu Lukaku dari Everton.

Morata dijangka meninggalkan kem latihan Real Madrid di Amerika Syarikat secepat mungkin.

Morata menjaringkan 20 gol dalam 43 perlawanan musim lalu apabila Real Madrid menang Liga Juara Juara selain menewaskan Barcelona untuk menjulang kejuaraan Liga Sepanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2017 @ 8:35 AM