Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: "Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia."

Itu janji pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengakui ada segelintir pihak masih tidak menerima kenyataan bahawa kelabnya sudah mencipta pelbagai kejayaan di semua peringkat.

Lantas, bagi menutup mulut pengkritik, Tunku Ismail berjanji akan meneruskan pemburuan dengan membeli pemain-pemain terbaik tempatan dan hanya akan melepaskan mereka dalam aksi kalendar Fifa sahaja.

"Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak terima kejayaan kami."

"Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan.

"Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia layak Piala Asia pemain JDT yang berhempas pulas."

"Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia.

"Saya berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara dan lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja," katanya di ruangan komen Instagram hari ini.

Dalam kempen Piala AFF ketika ini, prestasi baik ditunjukkan oleh anak buah Kim Pan-gon apabila mencatat dua kemenangan dalam dua aksi Kumpulan B sekaligus berpeluang untuk mara ke separuh akhir.

Di sebalik kejayaan itu, skuad yang dianggotai ramai muka baharu dengan hanya seorang pemain JDT iaitu Safawi Rasid.

Tonggak JDT lain tidak dapat menyertai skuad Harimau Malaya kerana tidak mendapat pelepasan kelab ekoran aksi Piala AFF dilangsungkan di luar kalendar Fifa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Disember 2022 @ 11:54 PM