Aksi Lionel Messi (kanan) dan Robert Lewandowski curi tumpuan. FOTO Agensi
Aksi Lionel Messi (kanan) dan Robert Lewandowski curi tumpuan. FOTO Agensi
Reuters

Doha: Dua antara penyerang prolifik dunia, bintang Argentina, Lionel Messi, 35, dan tonggak Poland, Robert Lewandowski, 34, berada dalam senarai pasukan masing-masing Khamis ini dalam usaha memburu tempat ke kelompok 16 terakhir Piala Dunia.

Messi meledak dua gol dalam permulaan kempen luar biasa Argentina, mengalami kekalahan mengejut dalam sejarah kejohanan kepada Arab Saudi sebelum bangkit menghidupkan peluang mengatasi Mexico.

Penyerang legenda skuad skuad La Albiceleste itu beraksi dalam kejohanan kelima dan terakhirnya di mana Argentina menjadi salah satu pasukan pilihan kejohanan. Ia bermakna ini adalah peluang terakhir Messi menyamai rekod Diego Maradona dan menjulang trofi diidamkan negara kelahirannya.

"Kami harus memberikan ketenangan kepada semua untuk menumpukan perhatian bagi perlawanan berdepan Poland dengan cara berbeza," kata Messi selepas berdepan tekanan luar biasa pada perlawanan menentang Mexico.

Ketika ini Argentina berada di kedudukan kedua dengan tiga mata dalam Kumpulan C, satu mata di belakang Poland dalam usaha mengejar impian untuk memburu kejuaraan Piala Dunia buat kali ketiga.

Seperti Messi, Lewandowski juga penjaring terbanyak sepanjang zaman buat negaranya dan kemungkinan aksi terakhir di kempen Piala Dunia.

Dia menjadi tonggak penting buat bekas kelab Messi iaitu Barcelona dan menjadi penyerang tumpuan di Qatar.

Lewandowski terlepas peluang menyempurnakan penalti pada perlawanan pembukaan Poland ketika seri dengan Mexico sebelum menjaringkan gol pertamanya pada Piala Dunia ketika kemenangan 2-0 ke atas Arab Saudi.

"Lagi tua usia saya, lagi bertambah emosi saya, dan saya sedar ini mungkin penampilan terakhir saya pada Piala Dunia." kata Lewandowski.

Poland yang tidak pernah mara ke peringkat kalah mati sejak 1986, mereka berpeluang mara jika menang atau seri menentang Argentina.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2022 @ 10:13 PM