PENYOKONG menggantung bendera Argentina sebagai sokongan terhadap pasukan itu. -FOTO EPA
PENYOKONG menggantung bendera Argentina sebagai sokongan terhadap pasukan itu. -FOTO EPA
AFP

Doha: Argentina akan berdepan juara bertahan Perancis di final Piala Dunia malam ini dengan Lionel Messi akan berusaha memenangi penghormatan tertinggi dan menjadi seorang pemain bola terhebat.

Dalam perjalanannya itu dia perlu berdepan penyerang prolifik Kylian Mbappe dan pasukan Perancis yang menyasarkan untuk memenangi Piala Dunia berturut-turut buat kali pertama sejak Pele di Brazil pada 958 dan 1962.

Messi, 35, setakat ini mengumpul tujuh anugerah Ballon d'Or untuk pemain terbaik dunia tetapi kali terakhir dia mara ke final Piala Dunia berakhir dengan kekecewaan pahit apabila tewas kepada Jerman pada 2014.

Ia mungkin usaha terakhir Messi untuk mencuri perhatian dunia di Stadium Lusail di Doha, venue menakjubkan yang didirikan di negara padang pasir itu.

"Saya sedar Argentina mempunyai ramai peminat di belakang mereka," kata jurulatih Perancis Didier Deschamps.

"Saya tahu Argentina mempunyai penyokong di seluruh dunia dan mungkin ada segelintir rakyat Perancis yang mahu Lionel Messi menang Piala Dunia tetapi kami akan melakukan segala-galanya untuk mencapai objektif kami."

Penjaga gol Argentina Emiliano Martinez berkata: "Orang ramai mengatakan pasukan pilihan adalah Perancis. tetapi kami mempunyai pemain terhebat sepanjang zaman.

Deschamps berdepan beberapa hari yang sukar sejak Perancis menewaskan Maghribi - pasukan Afrika pertama yang mara ke separuh akhir.

Skuadnya bertarung dengan virus misteri yang dipercaya menjejaskan lima pemain setakat ini.

Pemain pertahanan tengah Raphael Varane dan Ibrahima Konate, pemain sayap Kingsley Coman terlepas latihan pada hari Jumaat kerana penyakit itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2022 @ 12:01 PM