SINGA di Thailand pilih Perancis menang menewaskan England. -FOTO The Sun
SINGA di Thailand pilih Perancis menang menewaskan England. -FOTO The Sun
Agensi

Thailand: Seekor singa mempunyai kemahiran memilih pemenang bola sepak dan siapa yang akan menang dalam pertembungan suku akhir Piala Dunia antara England dan Perancis Sabtu ini.

Menurut penjaga zoo di Khon Khaen, Thailand, Chao Boy mempunyai kadar kejayaan 90 peratus dalam memilik pemenang di atas padang.

Singa berusia sembilan tahun itu memilih pemenang dengan menggigit paha ayam yang digantung di bawah bendera dua negara bertanding.

Pada awal hari ini rakaman menunjukkan singa berkenaan memilih paha ayam yang disangkut di bawah bendera Perancis untuk mara ke separuh akhir.

Pada mulanya apabila tanda salib St George dan tiga warna Perancis diletakkan, Chao Boy kelihatan seperti tidak pasti.

Ia mungkin tanda menunjukkan perlawanan akan menjadi sengit tapi akhirnya memilih pemenang.

Skeptikal atau tidak, singa itu mempunyai rekod kejayaan yang jelas.

Singa Thai baru-baru ini memilih Argentina berbanding Belanda, Brazil menewaskan Croatia dan Maghribi menyingkirkan Portugal.

Bos zoo, Narongwit Chodchoy berkata kadar kejayaan singa itu adalah luar biasa.

"Chao Boy sentiasa dianggap sebagai kegemaran dalam meramalkan keputusan bola sepak," kata Chodchoy.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2022 @ 10:02 AM