Olivier Giroud (kiri) ketika beraksi buat negaranya. FOTO Agensi
Olivier Giroud (kiri) ketika beraksi buat negaranya. FOTO Agensi
AFP

Paris: Olivier Giroud sekali lagi disisihkan daripada skuad Perancis sementara N'Golo Kante turut diketepikan bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA di Itali, minggu depan.

Giroud meraikan hari lahirnya yang ke-35 pada Khamis tetapi dia tidak dapat meraikan sambutan itu dengan tersenarai dalam skuad kebangsaan kendalian Didier Deschamps, selepas disisihkan beberapa siri kelayakan Piala Dunia bermula September lalu.

Penyerang AC Milan itu yang hanya kurang lima gol untuk menyamai rekod sepanjang zaman Thierry Henry sebanyak 51 jaringan buat Les Bleus, turut diuji positif Covid-19 baru-baru ini.

Kante, sama seperti Giroud tonggak pasukan Perancis yang memenangi Piala Dunia di Russia pada 2018, diketepikan selepas kelabnya Chelsea mendedahkan awal minggu ini bahawa pemain tengah itu mempunyai kontrak rapat Covid-19.

Perancis menentang Belgium di Turin pada Khamis depan dalam saingan separuh akhir Liga Negara-Negara, ketika tuan rumah Itali berdepan Sepanyol pada hari sama di Milan.

Pemenang akan bertarung di final dekat San Siro pada Ahad.

Senarai Pemain:

Penjaga gol: Benoit Costil (Bordeaux), Hugo Lloris (Tottenham Hotspur/ENG), Mike Maignan (AC Milan/ITA)

Pertahanan: Lucas Digne (Everton/ENG), Leo Dubois (Lyon), Lucas Hernandez (Bayern Munich/GER), Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain), Jules Kounde (Sevilla/ESP), Benjamin Pavard, Dayot Upamecano (both Bayern Munich/GER), Rapahel Varane (Manchester United/ENG)

Tengah: Matteo Guendouzi (Marseille), Theo Hernandez (AC Milan/ITA), Paul Pogba (Manchester United/ENG), Adrien Rabiot (Juventus/ITA), Aurelien Tchouameni (Monaco), Jordan Veretout (Roma/ITA)

Penyerang: Wissam Ben Yedder (Monaco), Karim Benzema (Real Madrid/ESP), Moussa Diaby (Bayer Leverkusen/GER), Antoine Griezmann (Atletico Madrid/ESP), Anthony Martial (Manchester United/ENG), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 September 2021 @ 10:01 PM