Penjaga gol Arab Saudi Mohammed Al-Owais (kanan) bertembung dengan Yasser Al-Shahrani ketika aksi Kumpulan C menentang Argentina. FOTO AFP
Penjaga gol Arab Saudi Mohammed Al-Owais (kanan) bertembung dengan Yasser Al-Shahrani ketika aksi Kumpulan C menentang Argentina. FOTO AFP
Reuters

Al-Rayyan: Pemain pertahanan Arab Saudi, Yasser Al-Shahrani terpaksa melupakan aksi Piala Dunia Qatar apabila perlu menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan di muka ketika kemenangan mengejut 2-1 ke atas Argentina dalam saingan Kumpulan C, semalam.

Yasser rebah di atas padang selepas bertembung dengan penjaga gol Mohammed Al-Owais pada masa kecederaan permainan dan terpaksa diusung dengan pengusung.

Dia dilaporkan mengalami kecederaan retak tulang rahang dan tulang wajah berikutan insiden itu.

"Yasser Al-Shahrani mendapatkan rawatan di Hospital National Guard di Riyadh dan akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat sebagai salah satu langkah diambil staf perubatan untuk merawat kecederaan dialami," kata Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi di media sosial rasminya.

Setakat ini tiada kenyataan lanjut daripada pengurusan Badan Induk Bola Sepak negara itu mengenai penyertaan pemain itu bagi dua aksi peringkat kumpulan seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2022 @ 9:31 PM