Aksi pemain Venezuela, Ronald Hernandez (kanan) cuba melepasi pemain Mexico, Oberlin Pineda dalam aski persahabatan. FOTO AFP.
Aksi pemain Venezuela, Ronald Hernandez (kanan) cuba melepasi pemain Mexico, Oberlin Pineda dalam aski persahabatan. FOTO AFP.
Reuters

MEXICO bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Venezuela 3-1 di Atlanta pagi ini sekali gus melakar rekod kemenangan ketiga berturut-turut dibawah kendalian jurulatih Argentina, Gerardo Martino.

Jhon Murillo meletakkan Venezuela 1-0 selepas aksi 18 minit permainan namun Roberto Alvarado menyamakan kedudukan menerusi rembatan kaki kiri 15 minit kemudian.

Rodolfo Pizarro meletakkan Mexico didepan pada minit ke 54 selepas menjaringkan gol susulan serangan balas dan Andres Guardado mengesahkan kemenangan ketika perlawanan berbaki kira-kira 15 minit.

Perlawanan persahabatan itu adalah aksi ‘pemanas badan’ buat kedua-dua pasukan menjelang kejohanan antarabangsa musim panas ini.

Mexico mempunyai satu lagi perlawanan persahabatan menetang Ecuador pada Ahad sebelum memulakan kempen Piala Emas di Amerika Syarikat berdepan Cuba pada 15 Jun.

Venezuela berdepan Amerika Syarikat dalam perlawanan persahabatan juga pada Ahad, sebelum terbang ke Brazil bagi aksi Copa America bermula 14 Jun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2019 @ 2:04 PM