SABAH FC akan berdepan JDT pada separuh akhir Piala Malaysia. FOTO  Sabah FC
SABAH FC akan berdepan JDT pada separuh akhir Piala Malaysia. FOTO Sabah FC

Kota Kinabalu: Sabah FC mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kuching City FC dengan agregat 2-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, sebentar tadi.

Dalam aksi sengit itu, Kuching City mengejutkan tuan rumah pada minit ke-84 menerusi jaringan sendiri pemain Sabah, Ummareng Bachok sekali gus mengikat agregat 1-1 dan memaksa perlawanan diheret ke tambahan masa.

Sabah FC bangkit dengan asakan lebih garang dan berjaya mendahului perlawanan menerusi tandukan cantik Taiki Kagayama minit ke-94.

Kuching City enggan mengalah dengan melancarkan serangan bertali arus untuk mencari gol penyamaan namun pemain mereka terlepas dua peluang terbaik pada lewat permainan sekali gus kedudukan agregat kekal 2-1 bagi membolehkan Sabah FC mara ke separuh akhir menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), Selasa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2022 @ 12:12 AM