GAYA rambut biru Bergson jadi tumpuan peminat. FOTO FC JOHOR SOUTHERN TIGERS
GAYA rambut biru Bergson jadi tumpuan peminat. FOTO FC JOHOR SOUTHERN TIGERS
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva boleh menjadi pemusnah impian Terengganu FC (TFC) untuk menjulang trofi Piala FA pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam esok.

Kelibatnya di atas padang cukup lincah dan bijak menghidu peluang sudah pastinya memukau penonton, sekali gus menjadi antara tonggak harapan skuad Harimau Selatan untuk menjulang Piala FA.

Kehadirannya di pentas final malam esok sudah pastinya menjadi tumpuan bukan saja sebagai penjaring terbanyak Liga Super, malah penampilan terbaharu dengan gaya rambutnya berwarna biru.

Gaya rambut baharu Bergson itu turut menjadi tumpuan peminat dengan lebih 100 komen ditinggalkan pelayar Facebook selepas laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers memuat naik gambar penyerang berusia 31 tahun itu ketika sesi latihan, semalam.

Antara komen itu termasuk daripada pelayar, Muhammad Safuan menulis: "Mudah kawan-kawan nk passing (hantar) bola cari kepala die yg cerah dekat bahagian serangan nanti."

Shamila Bahruddin menulis: "Wow cantiknya rambut sama dgn colour baju."

Muhd Izwansyah: "Wak son buat sebelah merah sebelah biru la baru JDT."

Jamuna Mat Noor: "Tunjukkan makna no 9 di jersi mu Bergson. Luaskan kuasamu mengawal bola Bergson."

Bergson, 31, menjadi taruhan utama Harimau Selatan untuk merobek gawang TFC dan mengulangi pencapaian menjulang Piala FA pada 2016.

Ketajaman penyudah dimiliki Bergson tidak boleh disangkal lagi apabila dia meledak 23 gol secara keseluruhan dengan 21 daripadanya di Liga Super dan dua di Piala FA.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2022 @ 5:45 PM