RANGNICK beri amaran kepada Tuchel jangan ambil Ronaldo. -FOTO AFP
RANGNICK beri amaran kepada Tuchel jangan ambil Ronaldo. -FOTO AFP
Agensi

London: Pemilik baharu Chelsea berminat untuk menandatangani Cristiano Ronaldo musim panas ini namun bos Blues Thomas Tuchel diberi amaran mengenai perpindahan itu oleh bekas pengurus Manchester, Ralf Rangnick.

Ronaldo bermain di bawah Rangnick musim lalu apabila pemain Jerman itu mengambil alih tugas sebagai pengurus sementara di Old Trafford pada akhir November lalu.

Ia bukanlah masa yang sesuai untuk Red Devils kerana Rangnick bergelut untuk menyampaikan ideanya dan United akhirnya menduduki tempat keenam, ketinggalan 13 mata dari kedudukan tempat Liga Juara-Juara.

Ronaldo ketika di bawah Rangnick menjaringkan hatrik ketika menentang Tottenham dan Norwich dalam Liga Perdana.

Bagaimanapun, Sunday Times melaporkan Rangnick tidak boleh mengesyorkan pemain veteran Portugal itu kepada rakan senegaranya yang bertanggungjawab ke atas Chelsea malah dia menasihatkan Tuchel supaya tidak mengikat Ronaldo.

Pemain berusia 37 tahun itu mendesak untuk berpindah dari Old Trafford musim panas ini kerana mahu bermain dalam Liga Juara-Juara ketika menghampiri penghujung kariernya di peringkat tertinggi dan Chelsea dicadangkan sebagai destinasi.

Pemilik baharu Blues, Todd Boehly dilaporkan berminat untuk membawa masuk Ronaldo bagi menggantikan tempat Romelu Lukaku namun kata-kata Rangnick kepada Tuchel memungkinkan ia tidak akan berlaku.

Ronaldo masih mencari kelab untuk membuat tawaran kepada Manchester United bagi khidmatnya tetapi belum ada kelab yang membuat tawaran.

Pemain veteran itu bermain semua empat perlawanan United setakat ini tetapi hanya memulakan satu perlawanan dan bermula dari bangku simpanan untuk dua perlawanan terakhir yang dimenangi Red Devils menjadikan kepulangan Ronaldo dalam kesebelasan utama kelihatan tidak mungkin dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2022 @ 11:44 AM