TROSSARD (dua dari kiri) meledak gol kedua Brighton. FOTO Reuters
TROSSARD (dua dari kiri) meledak gol kedua Brighton. FOTO Reuters
Reuters

London: Brighton & Hove Albion mengekalkan permulaan memberangsangkan mereka pada musim baru Liga Perdana Inggeris dan membuatkan West Ham United terus bersedih dengan kemenangan 2-0 di Stadium London sebentar tadi.

Sepakan penalti Alexis Mac Allister pada minit ke-22 berikutan kekasaran oleh Thilo Kehrer yang ke atas Danny Welbeck meletakkan Brighton di depan.

Skuad Graham Potter mengesahkan tiga mata pada minit ke-66 apabila Leandro Trossard menjaringkan gol kedua hasil gerakan sempurna.

West Ham tidak berjaya melakukan sebarang percubaan tepat ke sasaran pada separuh masa pertama tetapi cuba mengancam pada lewat permainan dengan Tomas Soucek memaksa penjaga gol Brighton, Robert Sanchez menyelamatkan beberapa percubaan yang dilakukannya.

West Ham, yang masih gagal meraih sebarang mata dan jaringan, menduduki tangga tercorot selepas tiga perlawanan, manakala Brighton mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2022 @ 11:34 PM