PEMAIN Tottenham hanya berpuas hati dengan keputusan seri ketika berdepan West Ham. FOTO AFP
PEMAIN Tottenham hanya berpuas hati dengan keputusan seri ketika berdepan West Ham. FOTO AFP
Reuters

London: Tottenham Hotspur kekal belum tumpas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi kelihatan tidak meyakinkan apabila mereka seri 1-1 dengan seteru London, West Ham United pagi tadi.

Pasukan bimbingan Antonio Conte mendahului pada babak pertama hasil jaringan sendiri oleh Thilo Kehrer tetapi Tomas Soucek memberikan West Ham United satu mata dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-55.

West Ham hampir mencatatkan kemenangan pada lewat permainan tetapi dilihat keputusan yang adil buat mereka.

Tottenham menikmati permulaan kempen yang memberangsangkan walaupun tidak mencapai prestasi terbaik dan menduduki tempat ketiga dengan 11 mata daripada lima perlawanan.

"Saya fikir mungkin kami layak mendapat lebih daripada seri tetapi pada akhirnya mereka juga mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dan kami hampir tewas dalam perlawanan itu.

"Bukan mudah untuk bermain menentang West Ham, pasukan yang mempunyai fizikal yang kuat. Mereka bermain bola jauh dan anda perlu memberi perhatian, kami melakukannya dengan baik pada set piece, menggerakkan bola dengan baik dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

"Kami boleh melakukan lebih baik kerana saya sentiasa memberitahu pemain butiran lengkap selepas perlawanan. Daripada menang, anda perlu bercakap mengenai seri," kata Conte.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2022 @ 11:33 AM