Penyerang West Brom, Karlan Grant meledak gol pertama buat pasukannya pada aksi berdepan Brighton. FOTO AFP
Penyerang West Brom, Karlan Grant meledak gol pertama buat pasukannya pada aksi berdepan Brighton. FOTO AFP
AFP

Brighton, United Kingdom: Karlan Grant menjaringkan gol pertamanya untuk West Brom ketika seri 1-1 menentang Brighton pada aksi Liga Perdana awal pagi ini.

Ia adalah mata pertama West Brom di tempat lawan dalam saingan liga musim ini selepas gol sendiri Jake Livermore meletakkan Brighton kendalian Graham Potter di depan.

Skuad Seagulls gagal mempertahankan kedudukan sekali pun menghadirkan beberapa percubaan berbahaya di awal permainan.

Neal Maupay menyempurnakan hantaran lintang Adam Lallana sebelum dibatalkan kerana ofsaid dan percubaan Leandro Trossard berjaya diselamatkan lawan.

Lima minit sebelum rehat, tekanan Brighton berhasil apabila percubaan Branislav Ivanovic mengeluarkan bola terkena Livermore dan masuk ke dalam gawang.

West Brom yang dikendalikan Slaven Bilic bangkit di babak kedua dan Grant akhirnya menyamakan kedudukan selepas mendapat umpanan Callum Robinson pada minit ke-83 sekali gus memastikan mereka pulang dengan satu mata.

Bos Brighton, Potter berkata dia kecewa dengan keputusan seri itu.

"Kami akan menganalisis mengapa kami tidak beraksi baik di babak kedua, mengapa persembahan kami merosot.

"Tetapi kami harus memuji usaha pihak lawan kerana meningkatkan permainan mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 10:32 AM