DANNY Welbeck (kiri) menjaringkan gol pertama Brighton. FOTO AFP
DANNY Welbeck (kiri) menjaringkan gol pertama Brighton. FOTO AFP
AFP

London: Impian West Ham untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan berakhir selepas melakarkan keputusan seri 1-1 menentang Brighton ketika Leeds menewaskan Burnley 4-0 di Turf Moor dalam perlawanan yang dibayangi insiden antara Ezgjan Alioski dan Dwight McNeil.

The Hammers ketinggalan lima mata dari kelompok empat pasukan teratas selepas menyaksikan dua gol dihasilkan pada lewat perlawanan di Amex Stadium.

Danny Welbeck membuka jaringan buat Brighton ketika perlawanan berbaki enam minit dengan pelawat kemudian menyamakan kedudukan tiga minit berselang.

Said Benrahma yang dimasukkan sebagai pemain gantian meledakkan gol pertamanya di pentas Liga Perdana tiga minit kemudian namun satu mata yang diraih skuad David Moyes itu menyaksikan mereka berada di kedudukan keenam liga.

"Ia satu yang mengerikan kerana kami melihat Liga Juara-Juara," kata pemain tengah West Ham, Declan Rice yang kembali dari kecederaan.

"Kami tidak boleh bergantung kepada pasukan lain untuk kalah. Kami mesti keluar dan menang. Kami mendapat terlalu banyak seri dan tewas beberapa perlawanan."

West Ham berjaya bertahan dalam liga musim lalu tapi berjaya memberikan cabaran yang tidak diduga di Eropah dan masih boleh mendapat tempat beraksi di Liga Europa sekiranya mereka memenangi dua perlawanan terakhir.

Brighton kini kekal dikedudukan ke-17 namun sudah menjamin tempat untuk untuk terus kekal beraksi dalam saingan liga musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Mei 2021 @ 10:41 AM