CARLO Ancelotti (kiri) dan Massimiliano Allegri semasa perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan 30 Julai lalu. FOTO AFP
CARLO Ancelotti (kiri) dan Massimiliano Allegri semasa perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan 30 Julai lalu. FOTO AFP
Reuters

Turin: Juventus sentiasa disasarkan untuk memenangi Scudetto tetapi kelab paling berjaya dalam Serie A itu perlu kekal merendah diri dan memperbaiki semua aspek jika mahu kembali muncul juara, kata pengurus Massimiliano Allegri.

Allegri mengambil alih kelab yang berpangkalan di Turin itu buat kali kedua tahun lalu dan sedang berusaha untuk memperbaiki keputusan musim lalu iaitu penamat keempat buat kali kedua berturut-turut selepas memenangi kejuaraan liga sembilan kali berturut-turut.

Pada aksi pra musim Juve meraih kemenangan 2-0 ke atas Guadalajara dan seri 2-2 dengan Barcelona diikuti dengan kekalahan 0-2 kepada Real Madrid dan kekalahan mengejut 0-4 di tangan Atletico Madrid.

Ia sekali gus menimbulkan keraguan terhadap keupayaan mereka untuk kembali ke puncak liga.

"Kekalahan besar ini (kepada Atletico) adalah perkara yang baik untuk menyedarkan kami. Juventus sentiasa diharap untuk cuba memenangi kejuaraan," kata Allegri menjelang pertembungan Serie A pertama mereka musim ini dengan Sassuolo.

"Terdapat empat hingga lima pencabar untuk merebut gelaran dan kami adalah antaranya. Kami perlu terus bekerja keras serta memperbaiki pasukan dari semua sudut pandangan."

Juventus sudah merombak skuad namun kehilangan khidmat beberapa pemain termasuk pemain tengah Paul Pogba yang mengalami kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2022 @ 10:04 PM