Ronaldo (kanan) mahu Mourinho kendali Juventus. FOTO AFP
Ronaldo (kanan) mahu Mourinho kendali Juventus. FOTO AFP
Agensi

CRISTIANO Ronaldo memberi cadangan supaya Jose Mourinho menggantikan Max Allegri selaku pengurus Juventus, menurut laporan akhbar Itali.

Biarpun mereka pernah mempunyai hubungan yang hambar di Real Madrid namun kehadiran berita itu agak mengejutkan.

Allegri meninggalkan The Old Lady Turin selepas membawa pasukan itu meraih gelaran kelapan berturut-turut Serie A.

Akhbar Itali, La Gazzetta dello Sport mendakwa Ronaldo, 34, mengatakan 'Special One' patut menggantikannya.

Mourinho, 56, masih belum mempunyai sebarang pasukan sejak dipecat oleh Manchester United, Disember tahun lalu tetapi rekod pencapaiannya pasti membuatkan ada pihak sedia memberi tawaran.

Bekas pengendali itu memiliki rekod cemerlang di Itali selepas membawa Inter menjulang tiga gelaran bersejarah pada 2010 dan sejarahnya bersama Ronaldo tidak begitu baik.

Mereka berdua mula berbalah pada 2007 ketika Ronaldo beraksi bersama Manchester United di Liga Perdana dengan Mourinho menjadi pengurus Chelsea.

Biarpun mereka berdua berasal dari Portugal, namun Ronaldo atau CR7 mendakwa Mourinho tidak tahu bagaimana untuk mengakui kesilapan dilakukannya.

Mourinho kemudian membalas Ronaldo yang dikatakan kurang berpendidikan membuatkannya tidak matang dan tiada rasa hormat.

Mereka sekali lagi bermusuhan ketika sama-sama di Real Madrid selepas Ronaldo mengkritik taktik bertahan diamalkan Mourinho ketika tewas 2-0 pada separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) kepada musuh ketat, Barcelona.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 3:05 PM