POGBA mengalami kecederaan ketika baru sahaja menyertai Juventus. FOTO Agensi
POGBA mengalami kecederaan ketika baru sahaja menyertai Juventus. FOTO Agensi
AFP

Rom: Pemain tengah Juventus, Paul Pogba dijangka diketepikan selama lima minggu namun dia tidak akan melakukan pembedahan lutut yang mana ia bakal menjejaskan aksinya di Piala Dunia.

Tonggak antarabangsa Perancis itu, yang kembali semula Juventus selepas enam tahun di Manchester United, akan menjalani terapi konservatif selama lima minggu.

Pogba, 29, mengalami kecederaan meniskus di lutut kanannya semasa sesi latihan bersama Juventus bulan lalu di Amerika Syarikat dalam jelajah pramusim kelab itu.

Dia meminta nasihat beberapa pakar mengenai rawatan dan untuk menentukan sama ada pembedahan diperlukan atau tidak.

Pogba akan terlepas permulaan musim Serie A, yang dijadualkan bermula pada 13 Ogos, tetapi mungkin kembali pada pertengahan September.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2022 @ 1:48 PM