AKSI Pogba (kanan) bersama Juventus pada separuh akhir pertama Liga Europa bertemu Sevilla. FOTO AFP
AKSI Pogba (kanan) bersama Juventus pada separuh akhir pertama Liga Europa bertemu Sevilla. FOTO AFP
AFP

Rom: Pemain tengah Juventus, Paul Pogba berjanji untuk memberikan yang terbaik apabila kembali musim depan selepas melalui tempoh yang sukar di dalam dan di luar padang.

Pemenang Piala Dunia 2018 bersama Perancis itu bergelut pada separuh masa pertama Ahad lalu di kempen Serie A kompetitif pertamanya.

Ujian mendedahkan terdapat masalah paha, iaitu kecederaan baharu yang dialaminya selepas mengalami masalah kecederaan lutut kanan, yang memaksanya terlepas sebahagian besar aksi musim ini.

"Tahun ini sangat, sangat rumit dengan masalah di luar dan di atas padang," katanya di Instagram.

"Di luar padang ia sangat sukar untuk saya. Saya cuba atasinya tetapi agak sukar kerana secara fizikal saya mempunyai banyak masalah," katanya.

Pemain berusia 30 tahun itu, yang terpaksa melupakan kempen Piala Dunia bersama Perancis tahun lalu menambah: "Saya hanya perlu bersabar. Dari segi mental, saya jauh lebih baik."

"Saya akan memberikan yang terbaik untuk kembali pada prestasi terbaik serta membantu pasukan memenangi kejuaraan, itulah sebab saya kembali ke sini. Saya tidak akan pernah berputus asa."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2023 @ 10:58 PM