SADIO Mane. FOTO AFP
SADIO Mane. FOTO AFP
Agensi

London: Jurgen Klopp menyatakan Sadio Mane mampu beraksi sehingga umur 38 atau 39 tahun kerana faktor fizikalnya yang cemerlang.

Bintang Senegal itu, yang mempunyai baki setahun dalam kontraknya di Liverpool di bawah bimbingan Klopp, melengkapkan perpindahan ke Bayern Munich pada musim panas ini dengan kontrak selama tiga tahun.

Klopp berkata, pemain berusia 30 tahun itu, yang menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan musim lalu, boleh bermain hingga 2030 dan seterusnya memandangkan tahap kecergasannya 'benar-benar luar biasa'.

"Dia akan bermain selama yang mungkin. Dia boleh beraksi sehingga 38, 39 tahun dengan badannya yang sangat cergas.

"Bayern mendapatkan pemain yang sangat bagus dan kami memilikinya selama enam tahun.

"Dalam kesnya, Sadio mahu berpindah dan kami cuba melakukan yang terbaik. Saya tiada masalah dengannya dan kami pasti akan merinduinya," katanya.

Klopp berkata, Mane yang menjaringkan 120 gol dalam 269 perlawanan sepanjang enam tahun di Anfield selepas perpindahan dari Southampton pada 2016, meninggalkan Liverpool dengan cara terhormat dan bermaruah.

Hujung minggu lalu Mane mendedahkan dia sudah memberitahu Klopp mengenai hasratnya untuk meninggalkan kelab itu 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2022 @ 10:33 AM