SOLSKJAER dipecat United tahun lalu.
SOLSKJAER dipecat United tahun lalu.
Agensi

London: Ole Gunnar Solskjaer melepaskan peluang untuk menjadi pengurus pada Piala Dunia tahun ini selepas menolak tawaran Iran.

Pengendali dari Norway itu masih menganggur dan menyepikan diri sejak dipecat Manchester United pada November lalu.

Tewas 1-4 kepada Watford di Vicarage Road ibarat paku keranda terakhir yang menghumbankan United di tangga kesembilan dalam carta Liga Perdana.

Iran pula berminat menawarkan jawatan pertama kepada Solskjaer sejak dia dipecat dan menghargai profilnya. Mereka bertanding buat kali ketiga berturut-turut di Piala Dunia dan berada dalam Kumpulan B bersama England, Wales dan Amerika Syarikat.

Negara Asia Barat itu membuat kejutan apabila memecat Dragan Skocic walaupun pengendali dari Croatia itu menang 15 daripada 18 perlawanan sejak pelantikannya selain membawa Iran menduduki ranking ke-23 Fifa, ranking tertinggi negara Asia.

Solskjaer muncul calon utama tetapi dia mempunyai keutamaan jangka pendek yang lain pada masa ini.

Calon pengurus lain termasuk legenda Iran dan bekas penyerang Bayern Munich, Ali Daei, bekas pemain tengah Osasuna, Javad Nekounam dan Branko Ivankovic yang kini mengendalikan pasukan Oman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2022 @ 12:20 PM