Branko Ivankovic (gambar) menggantikan Aleksandar Jankovic untuk memimpim pasukan bola sepak China.
Branko Ivankovic (gambar) menggantikan Aleksandar Jankovic untuk memimpim pasukan bola sepak China.

Reuters

Hong kong: Branko Ivankovic telah dilantik sebagai jurulatih utama baru China, menggantikan Aleksandar Jankovic selepas beliau gagal membawa pasukan terbabit melepasi fasa kumpulan Piala Asia bulan lalu.

Persatuan Bolasepak China (CFA) mengumumkan perubahan itu hari ini dengan Ivankovic akan membimbing pasukan ke perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura pada 21 dan 26 Mac.

"Atas kegagalan pasukan China untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Asia, kontrak antara CFA dan Jankovic ditamatkan," menurut kenyataan yang dikeluarkan CFA.

"CFA menghargai usaha Jankovic dan barisan kejurulatihan lain dan dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Ivankovic dilantik selepas penilaian teliti yang dilakukan CFA berdasarkan kepada pengalaman luas dimilikinya dengan memenangi gelaran Liga Super China pada tahun 2010 semasa berkhidmat selama 18 bulan bersama Shandong Luneng.

Jurulatih berusia 69 tahun itu juga pernah mengendalikan pasukan Iran di Piala Dunia 2006 dan memenangi gelaran liga di negara asalnya, Croatia, serta di Iran dengan Persepolis.

Beliau membawa Oman ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 tetapi meninggalkan jawatannya di negara Teluk itu selepas turut tersingkir dari Piala Asia pada fasa kumpulan pada Januari tahun lalu.

Mengikut rekod, China hanya berjaya layak ke Piala Dunia sekali saja iaitu membuat penampilan sulung mereka pada edisi 2002.

Mereka kini berada di tempat ketiga dalam Kumpulan C pusingan kedua kelayakan Asia 2027 selepas dua perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2024 @ 6:04 PM