PAUL Pogba membuat pendedahan menerusi dokumentari berjudul ‘Pogmentary’ yang akan disiarkan esok. FOTO Agensi
PAUL Pogba membuat pendedahan menerusi dokumentari berjudul ‘Pogmentary’ yang akan disiarkan esok. FOTO Agensi
Agensi

London: Paul Pogba mendakwa Manchester United tidak menawarkan 'apa-apa', biarpun dua tawaran kontrak baharu diberikan yang dianggarkan bernilai £300,000 (RM1.59 juta) seminggu.

Perkara itu didedahkan Pogba menerusi dokumentari berjudul 'Pogmentary' yang akan disiarkan esok.

Dalam dokumentari itu, Pogba berkata, United dua kali memberikan tawaran kontrak baharu kepada dirinya, lebih tinggi berbanding gajinya sebanyak £290,000 (RM1.53 juta) seminggu yang diterimanya ketika ini, sekali gus menjadikan dia pemain menerima gaji tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, seperti dilaporkan Athletic, dan yang disiarkan ketika pratonton dokumentari berkenaan, Pogba yang memberi reaksi kepada bekas ejennya, Mino Raiola memberitahu tawaran kedua yang diberikan United pada Julai lalu disifatkan sebagai tiada apa-apa berbanding Roll-Royce dimilikinya.

"Bagaimana anda memberitahu pemain yang anda benar-benar mahukan khidmatnya dan memberikan tawaran yang tiada apa-apa? Tidak pernah lagi saya jumpa sebelum ini," katanya.

Pengurus United ketika itu, Ole Gunnar Solskjaer yang diberikan tawaran lanjutan kontrak selama tiga tahun pada Julai 2021 berjanji akan membentuk pasukan yang boleh beraksi bersama pemain tengah berbakat berkenaan.

United beberapa kali berusaha untuk mengekalkan Pogba di Old Trafford, tetapi akhirnya akur untuk melepaskan pemain antarabangsa Perancis itu.

Pogba bakal dilepaskan apabila kontraknya bersama United tamat pada musim panas dan dijangka menyertai bekas kelabnya, Juventus. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2022 @ 9:48 PM